top of page

Mafidz Official

Web Rasmi bagi kumpulan muzik alternative folk-pop Mafidz daripada Kuala Lumpur, Malaysia.

Mafidz Profile Photo.jpg

Mafidz merupakan sebuah kumpulan muzik folk-pop-alternative Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2016

oleh tiga beradik Megat Hafidz, Megat Fazly dan Megat Aizzat. Mafidz dibentuk bersama lima lagi pemain muzik profesional di bahagian gitar (Khairul S.), bass (Ahmad Zakri), cello (Mariamlisa), perkusi (Khairul Amirin) dan drum (Abbas Munawwar). Kumpulan ini terkenal dengan penggubahan muzik folk-pop dan juga gabungan elemen muzik Melayu serta tiga suara utama. Nama kumpulan, Mafidz, pada asalnya merupakan nama pentas bagi Megat Hafidz sahaja, namun apabila diberi kata putus untuk menjadi sebuah kumpulan, mereka tetap sepakat untuk tidak mengubah nama.

 

Mula dikenali melalui rilisan album pertama mereka berjudul “Ada Angin & Hati” yang dirilis secara fizikal pada tahun 2018. Album ini diberi penghormatan dan mendapat sambutan positif daripada pendengar, pengkritik muzik dan pemain-pemain besar muzik tanah air serta luar. Mereka tampil di pentas International Indie Music Festival, Jakarta, Indonesia seminggu selepas rilisan album dan terus membawa keunikan muzik mereka yang menggabungkan folk-pop dan muzik Nusantara di peringkat antarabangsa.

Perjalanan Mafidz terus berkembang apabila mereka dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan Vans Musicians Wanted Malaysia 2019 sekaligus melayakkan mereka membawa nama Malaysia bertanding di House Of Vans Asia Pacific Stage, Chicago, Amerika Syarikat. 

Home: About

Get our latest physical album "Teleportasi" now via Shopee Mafidzstore

Business Inquiries: +60122192214 (Mafuzy) / +60126837672 (Mahariz)

Mafidz Music Management (002926165-A)

bottom of page